JPK STAFF     

2017

Pemberian Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) Tahun 2017 - Sesi 2

There is no translation available. This contents only available in Malay version.


Adalah dimaklumkan bagi semua pusat bertauliah yang melaksanakan program Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) dan Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM) di bawah Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia yang untuk tahun ini adalah dipelawa untuk membuat permohonan segera.
Pelajar yang layak menerima BB1M:
a. Warganegara Malaysia;
b. Berada di Malaysia dalam tempoh pelaksanaan BB1M;
c. Sedang melanjutkan pengajian dan berstatus aktif di pusat dalam tempoh hingga 31 Disember 2016;
d. Menuntut di istitusi pengajian di bawah seliaan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) atau institusi pengajian yang berdaftar di bawah akta-akta yang berkuatkuasa; dan
e. Sedang melanjutkan pengajian secara sepenuh masa dan separa masa.

Sehubungan dengan ini, pemohonan BB1M hendaklah dikemukakan secara softcopy kepada JPK selewat-lewatnya pada 2 Januari 2017 (Isnin) melalui emel kepada: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. dengan disertakan maklumat berikut:

Pendaftaran calon secara online:
a. Borang Pengesahan Pendaftaran Calon SKM (JPK/T1002) bagi pendaftaran menggunakan sistem e-SKM; dan
b. Salinan resit bayaran pendaftran dari JPK; dan
c. Softcopy borang maklumat calon BB1M (download)

Sebarang pertanyaan sila menghubungi :

Bil Nama No Tel Emel
 1  Pn. Norshahizem Binti Mohd. Nor  03-8886309 This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
 2  En. Muhammad Shawwal bin Mohamad Rawi 03-88862465 This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.