JPK STAFF     

2017

Pemakluman Pelepasan Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP)/Goods and Services Tax (GST)

There is no translation available. This contents only available in Malay version.

KEPADA SEMUA PUSAT BERTAULIAH JABATAN PEMBANGUNAN KEMAHIRAN

Pemakluman pelepasan Cukai Barang Dan Perkhidmatan (CBP)/Goods And Services Tax (GST)

Warta Kerajaan Persekutuan Perintah Cukai Barang dan Perkhidmatan (Pelepasan) (Pindaan)(No.2) 2015 [P.U. (A) 291] bertarikh 14 Disember 2015 menyatakan bahawa Akta Pembangunan Kemahiran Kebangsaan 2006 [Akta 652] adalah termasuk yang mendapat pelepasan bagi perolehan peralatan dan bahan.

Oleh itu, Pusat Bertauliah (PB) boleh merujuk Garis Panduan Permohonan Pelepasan Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP) bagi Perolehan Peralatan dan Bahan bagi Pusat Bertauliah untuk maklumat permohonan pelepasan.

Pengurus Pusat Bertauliah telah diberi penurunan kuasa bagi menandatangani Sijil Pelepasan GST (Jadual ketiga). Bagi Pusat Bertauliah yang memerlukan surat berkenaan dalam kadar segera boleh mendapatkan surat berkenaan di Ibu Pejabat Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) di Putrajaya.

Terima Kasih