Pemakluman Berkaitan Operasi Kaunter Khidmat Pelanggan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) Selaras Arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Di Bawah SOP Majlis Keselamatan Negara (MKN)
Selaras pengumuman terkini Kerajaan berhubung Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), pihak Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) ingin memaklumkan bahawa operasi Kaunter Khidmat Pelanggan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) akan mula beroperasi seperti biasa mulai 7 Disember 2020. Namun demikian, operasi Kaunter Khidmat Pelanggan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) yang berada di Daerah/Negeri yang terlibat dengan arahan pematuhan PKPB atau PKPD adalah ditutup. Sehubungan dengan itu, Jabatan masih boleh dihubungi menerusi talian rasmi JPK 03-8886 5589 (hunting line). Perkhidmatan atas talian Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) beroperasi seperti biasa dan boleh diakses menerusi pautan berikut:-
- Portal Rasmi JPK / Laman Sesawang JPK - www.dsd.gov.my
- Sistem Pengurusan Integrasi Kemahiran Malaysia - www.myspike.my
- Facebook Rasmi JPK - facebook.com/jpkksm
- Aduan, Pertanyaan dan Cadangan - mohr.spab.gov.my
- Email Rasmi JPK -
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
KETUA PENGARAH PEMBANGUNAN KEMAHIRAN
JABATAN PEMBANGUNAN KEMAHIRAN
KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA
7 DISEMBER 2020