JPK STAFF     

2019

MPKK lulus kerangka pelan tindakan memperkasa modal insan melalui TVET

There is no translation available. This contents only available in Malay version.

PUTRAJAYA, 25 April (Bernama) -- Majlis Pembangunan Kemahiran Kebangsaan (MPKK) hari ini meluluskan kerangka pelan tindakan memperkasakan modal insan melalui Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET), kata Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Mahfuz Omar.

Katanya MPKK secara kolektif bersetuju supaya kerangka pelan tindakan yang dibangunkan oleh jawatankuasa kerja MPKK itu diangkat ke peringkat tertinggi supaya ia menjadi dasar dan polisi dalam melaksanakan TVET di Malaysia.

“Justeru, MPKK membuat ketetapan supaya satu memorandum Jemaah Menteri berkaitan perkara ini dibangunkan oleh pihak kementerian untuk pertimbangan dan kelulusan Jemaah Menteri dalam masa terdekat,” katanya selepas mesyuarat MPKK, di sini hari ini.

Mahfuz berkata perkara itu akan dibawa kepada perbincangan di peringkat pengurusan tertinggi kementerian pada 8 Mei ini dan seterusnya kepada Menteri Sumber Manusia, M Kulasegaran pada 14 Mei nanti.

“Kita harap ‘blueprint’ ini dapat dibentang di Kabinet supaya dapat dilihat rangka ini bersekali dengan strategi pelaksanaan pelan tindakan untuk tempoh 2020-2025,” katanya.

Mahfuz juga berharap pelan tindakan itu dapat dimasukkan dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) yang bermula 2021.

Pelan Tindakan itu akan melibatkan enam kluster jawatankuasa kerja MPKK iaitu tadbir urus TVET, persijilan dan pengiktirafan, pembiayaan latihan, peningkatan kualiti latihan TVET, kerjasama strategi dan promosi.

Dalam pada itu, Mahfuz berkata MPKK juga bersetuju memperluaskan Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS) merangkumi beberapa bidang Malaysia Standard Industry Classification (MSIC) seperti peruncitan, produk perikanan, akuakultur, ikan hiasan marin, pemasangan saluran paip, pam konkrit, pemasangan cladding dan arborikultur.

-- BERNAMA