[New Sabah Times] MPKK tubuh enam jawatankuasa kerja baharu
New Sabah Times, 9 Oktober 2018
PUTRAJAYA: Mesyuarat Majlis Pembangunan Kemahiran Kebangsaan (MPKK) kelmarin bersetuju untuk menubuhkan enam jawatankuasa kerja baharu bagi membantu MPKK melaksanakan tanggungjawabnya berdasarkan Akta Pembangunan Kemahiran Kebangsaan. Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Mahfuz Omar berkata enam jawatankuasa kerja baharu itu ialah tadbir urus pendidikan teknikal dan latihan vokasional (TVET), pensijilan dan pengiktirafan, pembiayaan dan latihan, peningkatan kualiti latihan TVET, kerjasama strategik dan kerja promosi. Katanya jawatankuasa baharu itu bertanggungjawab mengesyor dan menasihati MPKK dalam meningkatkan tadbir urus TVET serta mengharmonikan hubungan pemain TVET dengan badan kawal selia lain bagi mengelakkan pertindihan kuasa dan tugas, selain mewujudkan laluan kerjaya yang lebih jelas dan merangka kaedah pembiayaan latihan yang mampan. Jawatankuasa baharu itu juga bertanggungjawab meningkatkan mekanisme pelaksanaan latihan yang lebih efisien selaras dengan keperluan industri, meningkatkan kerjasama strategik di antara kerajaan, industri serta pusat latihan, dan penjenamaan semula berkaitan TVET. "Jawatankuasa baharu ini akan melaksanakan tugas seiring dengan dua jawatankuasa sedia ada iaitu jawatankuasa teknikal standard serta jawatankuasa penilaian dan pengiktirafan kelayakan kemahiran," katanya dalam sidang media selepas mesyuarat MPKK itu di sini kelmarin. Mahfuz berkata mesyuarat hari ini turut meluluskan 18 Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS) baharu termasuk operasi.